Bismillahi Rahmani Rahim, Salaam Alaikum
Dekat sini aku nak terangkan, apa maksud "The Unfinished Pyramid", apa yang tertulis & apa kena mengena dengan masa sekarang.
Aku Tertarik dengan syarahan Syeikh Hamza Yusuf tentang "The New World Order", yang menceritakan tentang dajjal, dunya, dan tentang pemerintah DUNIA sekarang.
Kalau kita tengok dekat belakang 1 Dollar Bill nih, ada cap mohor kerajaan US yang dinamakan "The Great Seal of The United States" dan di seal tu ada pyramid yang tak siap, dekat atas skali ada mata. Mata tu adalah simbolik kepada tuhan matahari iaitu "RAY/SunRay", dan ia adalah Tuhan yang diimani oleh kumpulan Freemason.
Kalau kita perhatikan dekat pembinaan pyramid, binaannya lengkap kecuali diatas, mata yang berada diatas tu dipisahkan, dan belum turun(diturunkan) lagi. Freemasons mempercayai yang, selagimana project mereka belum lengkap,selagi itulah mata itu takkan turun.
Seperti yang tertera di seal tu, "Annuit coeptis" yang diambil daripada bahasa latin. Sepertimana yang Syeikh Hamza Yusuf syarah "Tuhan yang mereka anuti gembira(puas hati) dengan project mereka". Persoalannya, project apakah yang tuhan mereka puas hati?
Project itu adalah untuk mengsekularkan ma'nusia di dunia, untuk memisahkan ma'nusia daripada kepercayaan mereka kepada agama. Sebab tu kalau kita tengok dekat bawah pyramid tu ada tulis Novus ordo seclorum(A New World Order), ataupun secara jelasnya A New Secular A Worldly Order, kalau kita terjemahkan kepada bahasa arab An-Nizom El-'Alami Ad-Dunyawi(Walaisa Jadid=bukan jadid), dalam bahasa melayu paling tepatnya adalah Pemerintahan Sekular Keduniaan Baru!!!
Dan benda ni jugaklah yang mereka sekarang suapkan dekat anak2 islam, terutama di malaysia, dunia sekular yang menjauhkan kita daripada agama. Keduniaan yang dibina atas ilusi/khayalan dan material, material KEDUNIAAN yang penuh dengan keseronokan, yang hakikatnya kita takkan dapat kecapi. Akan tetapi dengan ilusi/khayalan "Dajjal", kita akan babitkan hidup kita untuk mencapai keduniaan itu.
Pertama skali kita kena faham, ape yang dimaksudkan dengan DAJJAL? (Kalau kita pelajari bahasa arab, dia ada perkataan asal/akar bagi perkataan Dajjal(Dajjala))
Perkataan dajjala digunakan oleh orang2 arab, ketika seekor unta telah luka dan dijangkiti. Mereka akan meletakkan sesuatu di unta, untuk menutup luka tersebut, supaya penyakit di unta itu tidak dapat dikenalpasti. Secara rambang, kita akan nampak bahawa unta itu elok dan cantik(kerana ditutupi), akan tetapi pada hakikatnya, unta tersebut telah dijangkiti.
Dan inilah definisi Dajjal yang dimaksudkan, Dia menutupi luka atau penyakit di dunia sekarang, dan membuat kamu percaya yang penyakit itu elok dan bagus.
Jadi idea Dajjal ini adalah, Dunialah(Dunya) yang patut dikejar, sepertimana Nabi Isa(Alaihi-Salaam) berkata "Akhiratlah yang sepatutnya kamu kejar".
Dan baginda berkata, "Sesungguhnya dunia ini adalah sebuah ILUSI DAN BAYANGAN, dan ia akan mengkaburkan matamu(dengan Ilusi&bayangan), tetapi Dajjal berkata: "Dunia yang akan datang(Akhirat), adalah Ilusi sebenar.
Bermakna, Dia(Dajjal) akan memaksa SEMUA orang mempercayai bahawa dunia sekarang inilah berbaloi untuk dikejar, dan paling beruntung untuk hidup.
Macam slogan iklan arak Budweiser: "Kamu hanya hidup sekali, jadi nikmatilah sepenuhnya".
Inilah mesej zaman sekarang! Sebuah mesej tentang ilusi dunia. Sebuah mesej, memberitahu orang awan, yang mereka akan gembira melalui pembelian barangan. Slogannya adalah " Belilah lebih dan teruskan bergembira!", "DONT WORRY,BE HAPPY!"/"JANGAN RISAU, BERGEMBIRALAH!"
Allah(Subhanahu-Wata'ala) berfirman, dalam surah al-hadid, ayat ke-20:
اعلموا أنما الحياة الدنيا لعب ولهو وزينة وتفاخر بينكم وتكاثر في الأموال والأولاد
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan hartabenda dan anak pinak.
وما الحياة الدنيا الا متاع الغرور
Dan (Ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Jadi kita tak peliklah, kalau budak2 sekarang kejar teknologi, henset baru, fesyen baru, gossip baru, artist baru, idol baru. Sebab itulah perjuangan yang DAJJAL nak kita ikut!
Dan bila kita ikut benda2 ni, apa yang kita akan jadi?
-Hamba mereka?
-Pengikut setia?
-#$%^!(
-&^($#%
Macam2 lagi contoh, dan yang paling tepat skali,
KITA SUDAH JADI BAHAN PROJEK MEREKA, YANG BERJAYA!
dan apa yang kita dapat kesudahannya?......
Paham2 jelah en....
Apa yang mereka memperjuangkan tu, amat bertentangan dengan Sabda baginda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
Sebenarnya, itu bukan cara kita sebagai orang yang digelar Orang2 Islam, atau Umat nabi Muhammad Alaihi-Salaam hidup. Kita ada prinsip kita, kita ada cara hidup kita dan kita ada idol kita, sepertimana Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat ke-21:
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيراً
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banya-banyak (dalam masa susah dan senang).
Wahai kawan2, wahai saudara2ku! wahai umat Islam! Bangunlah, sedarlah, bahawasanya musuh kita ini, bukan sekadar watak biasa, bukan cerita2 biasa. Sekarang kita dah boleh rasa bahangnya di merata2 tempat. Antara anugerah besar yang Allah bagi kepada ma'nusia adalah akal fikiran, pandai memilih yang baik dan buruk. Jadi pandai2lah kita nak pilih mana yang kita rasa terbaik, dan berbaloi untuk kita kat akhirat nanti.......
yang ni ke?
Atau yang ni ke?
Pandai2 ah korang pilih sendiri, aku tak nak bagitau, masing2 da pandai suap nasi sendiri, korang pilihlah jalan sendiri.Semoga Allah subhanahu wata'ala memberi kita hidayah & petunjuk, dan menyelamatkan kita di dunia ini, dan lagi2 di akhirat, Ameeen ya rab.
No comments:
Post a Comment