Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

MLM Business Perniagaan








20 Mac, Jumaat. Time tu aku keje shift pagi, so dlm pukul 12.58am tu aku dah get ready nak tutup cyber cafe ni. Time tu ada sorang customer yg br nak keluar. Bz nampak.

Bila dia keluar tu, ceh, sombong je, cakap kuat-kuat yang dia dapat RM7000 dlm akaun dia. Borak-borak sket ngan dia, br tahu, dia ni join multilevelmarketing (mlm). Tapi versi online (kira macam uptrend gitulah).

Disebabkan aku malas nak dengar dia merapu, aku cakap je lah yang aku nak jumpa dia malam ni (kononnya minat la nak join). So aku pun sate date la ngan dia nak jumpa malam tu. Tak rugi pun dengar agent direct selling ni bercerita sebab selalunya diorang akan belanja. Tak percaya try la sendiri. Kalau yang tak belanja tu selalunya yang tak serius la.

So malam tu aku pergi la tunggu orang yang promote kat aku tu. Lepak kat bawah cc tempat aku keje tu. Ingat oran ni kaya sangat, rupanya kete buruk je. So menunggulah kitorang berdua kat bawah tu, tunggu upline dia datang. Sepanjang aku menunggu bersama dia, ada 2 bende je yang dia cakap. First, dia asyik puji upline dia. Dia kata upline dia tu hebat, kaya. Sehinggakan bila member dia datang, dari jauh lagi dia dah jerit "Haa.... Tu dia BMW member aku tu. Ko tengok, gempak tak dia? Muda-muda lagi dah drive BMW" (ceh, aku sikit pun tak heran)
Second, dia asyik dapat call je from anak dia ngan bini dia. Daripada apa yang aku dengar, dia memang ada masalah rumah tangga yang teruk. Dia cakap kat aku, dia balik nanti dia nak lempang je bini dia. (Nasib baik aku bukan anak dia).

So bila upline member dia tu sampai, sekali lagi orang tak betul yang aku jumpa tu "mengagungkan" upline dia tu (daripada ayat dia, dia mengaku upline dia tu member lama dia, tapi sepanjang aku borak ngan upline dia tu, upline dia tu tak mengaku pun orang tak betul tu member dia).

Time upline dia nak ajak gi restoran, orang tak betul tu (kalau tak silap nama dia Rosli) tetibe kata dia adahal ngan bini dia, terpaksa balik. So aku berdua-duaanlah dengan "orang kaya muda" tu.

Oppsss. Ada bende kelakar, "orang kaya muda" (nama dia Zaki) tu kata dia ada kerja lain, arkitek. Bukan setakat tu, abang dia plak jutawan (kalau tak silap bakal disenaraikan dalam 10 orang terkaya di Malaysia tahun depan). Kalau macam tu ape nak heran dia pakai BMW.

So lepas tu aku pergilah makan kat sebuah warung yang takde lesen (rasanya) di seksyen 4 tambahan. Si Zaki tu tanya kau nak makan apa. Fuhh, aku dah cakap, sape keluar ngan orang direct selling ni memang kenyang. Tapi aku ni memang jenis orang yang tak suka ambil kesempatan. Aku mintak nak minum je. Kopi Radix (first time ni). Tu pun sebab member aku yang promote dulu.



Disebabkan aku taknak panjangkan cerita, aku terus kepada point aku yang sebenarnya.

Hadith Rasulullah,

" Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim) "

Di antara tanda-tanda kecil kiamat, orang miskin berebut-rebut nak jadi kaya. Di bawah adalah sekadar lampiran :







Oklah, ni sebahagian gambar-gambar yang aku dah bosan tengok. Macam-macam. "Dulu kapcai kini Mercedez", "Saya sedang bersenang-lenang di sini, anda bagaimana?", "Bosan kerja makan gaji?" dan macam-macam lagi ayat yang agak "catchy" yang biasa digunakan oleh para mubaligh MLM ni.

Orang-orang sekarang memang kemaruk nak kaya. Nasib baik Islam haramkan judi, kalau tak memang orang Melayu dah penuh kat pusat-pusat judi.

Dan bukan sedikit orang kita yang tertipu dengan sebahagian MLM yang menipu ni.

Tapi aku bukanlah nak salahkan orang-orang yang tertipu ni. Dan juga bukan nak salahkan orang yang kemaruk nak kaya ni. Tapi disebabkan tekanan hidup yang begitu menghimpit nilah sebenarnya punca orang-orang kita jadi macam ni.

?????????????????????

Kos pendidikan yang begitu tinggi. Dicampur dengan sistem yang selalu berubah menyebabkan ibubapa terpaksa beli buku baru setiap tahun.

Kos perubatan yang begitu tinggi sehingga kadang-kadang rasa macam tak masuk akal.

Sistem riba yang diamalkan oleh bank-bank yang menindas orang ramai.

Cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan bodoh yang mengaku pandai.

Bil-bil, harga minyak dan lain-lain yang begitu tinggi jika nak dibandingkan dengan negara kafir yang lain.

Semuanya mahal kat Malaysia ni. Satu je yang murah = MARUAH ORANG BN.

??????????????????

Alang-alang aku dah tulis blog ni, aku nak promote satu bisnes la kat korang sume.


Aku ada bisnes baru ni, nak join tak? Dlm masa kegawatan ekonomi ni, nak dapat kerja pun susah, apa kat korang join aku buat bisnes. Aku tak nak bagitahu dulu la nama bisnes tu, cukup sekadar ciri-ciri dia.

bisnes online nih! Sebelum tu, aku nak tanya ko beberapa soalan, jika jawapan anda ialah tidak, maka anda PATUT menyertai bisnes ni.

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

" 1) Bolehkah anda masuk ke sebuah restoran lalu jerit sekuat hati, "OK, MAKAN SEMUA, AKU BELANJA". Boleh? Restoran tu besar, penuh pelanggan dan menunya semua mahal-mahal.

2) Bolehkah anda mendermakan RM100,000 kpd mana-mana masijd? Derma tanpa ketuk dahi? Boleh?

3) Oklah, soalan senang je lah kali ni. Bolehkah anda membeli sebuah rumah banglo mewah CASH dan sebuah kereta mewah CASH pada usia muda? Sebelum usia 28 tahun. Boleh? "

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Ok lah, soalan dah habis. Percaya tak dgn bisnes aku tu, kalau korang join, korang boleh jawab "BOLEH" untuk semua soalan-soalan di atas.

Firstly, bisnes ni memang halal la. Tak perlu ragu. Sah di sisi Islam dan di sisi undang-undang negara.

Apa yang anda perlu lakukan? Just cari orang untuk menyertai program ni. Simple. Senang. Dijamin hari tua anda akan terjamin.

Oklah tukar mood, korang macam tak berminat je.

BISNES ONLINE / TAK PERLU JUAL BARANG / TAK PERLU MODAL BESAR / HALAL / UNTUNG BERLIPAT KALI GANDA.

CUMA CARI ORANG BAWAH.

TAKUT RUGI?
JANGAN RISAU, PERNIAGAAN INI PASTI UNTUNG.

KALAU RUGI?
PERCAYALAH, DENGAN MODAL YANG BEGITU KECIL, RUGI PUN TAK KISAH.

BERAPA MODALNYA?
RM1

HAH? ULANG BALIK?
RM1, KNP? TAK PERCAYA?

WOW FATTAH, CEPAT BONGKAR KAN RAHSIA PERNIAGAAN INTERNET INI KEPADA SAYA!!!
SABAR DULU KAWAN. SAYA PUN TAK JOIN BISNES NI....

HAH, KENAPA?
SEBAB SAYA ADA BISNES YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN LAGI

+-+-+-+-+-+-+-+--++-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-++-+-+-+-+---+--+--+--+-+-++-+-+-+-+-+

Bisnes yang lebih menguntungkan. Halal. Apa yang anda usahakan akan datang kembali kepada anda dengan keuntungan yang berlipat kali gandakan.

Tapi modalnya agak besar. Tapi jangan risau, kita boleh buat pinjaman untuk dapatkan modal tu.

"Isyyy, Fattah, aku tak suka la pinjam-pinjam ni"

Jangan risau, pinjaman ni takde bunga atau apa-apa faedah. Malah lebih menarik, pinjaman yang diapply dengan tujuan bisnes ni tak perlu dibayar balik. Bukan setakat tak payah bayar,
malah pemberi pinjaman tu terpaksa memberi pulangan yang lebih mengikut perjanjian.

Tahu kenapa? kerana perniagaan ni hanya berurusan dengan pemberi pinjaman itu sendiri. So, ok tak?

Bisnes ni dah wujud beribu tahun dahulu. Bisnes ni siap ditulis dalam Al-Quran lagi, cuma kita je yang tak mengambil iktibar daripadanya. Nak aku tunjukkan ayat dia? No hal....


“Wahai ORANG-ORANG YANG BERIMAN! Mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”

(61;10)

“Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”

(61;11)


“Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar”

(61;12)

“Sesungguhnya Allah telah MEMBELI dari orang-orang beriman akan JIWA mereka dan HARTA BENDA mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh SYURGA, (disebabkan) mereka BERJUANG pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang MEMBUNUH dan TERBUNUH”

(9;111)


Maha Suci Allah. Tiada kata yang mampu menggambarkan kehebatan ganjaran itu. Itulah kemenangan yang besar!

“Dan ada lagi kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada ORANG-ORANG YANG BERIMAN”

(61;13)

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu TIDAK ADA LAGI JUAL BELI dan tidak ada lagi syafa'at “

(2;254)

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang BERPALING TADAH dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya , mereka pula bersifat LEMAH-LEMBUT terhadap orang yang beriman dan bersikap KERAS terhadap terhadap orang-orang kafir, yang BERJIHAD di jalan Allah dan TIDAK TAKUT kepada CELAAN orang-orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurniaan Allah, yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”

(5;54)

Faham tak? Oklah, aku citer sket la. (aku ni kira macam agent la, aku citer kat orang lain, bila korang "join" aku dapat pahala yang berterusan yang tak boleh dijanjikan oleh mana-mana MLM kat dunia ni)

Mula-mula macam ni. Allah bagi kita modal kepada kita dalam bentuk tubuh badan, pelbagai jenis nikmat dan lain-lain bende sebagai bekalan untuk hidup di bumi ini. INGAT, SEMUA MODAL YANG DIBERIKAN HANYALAH PINJAMAN.

Tapi yang lebih menarik, segala pinjaman tu Allah nak beli balik daripada kita (sebagai sindiran kepada orang yang tak sedar bahawa segala yang mereka ada cuma pinjaman) sebagaimana yang Allah sebut dalam surah At-Taubah ayat 111.

Sekarang cuba anda fikir balik.

Modal = Tubuh badan, nikmat-nikmat (pinjaman)

Usaha = Kita "menjual" (mengorbankan) nyawa, tenaga, harta, masa dan segala benda yang dah dikurniakan kepada kita.

Bayar Kembali Pinjaman = Tak perlu malah modal itu dibeli kembali oleh pemberinya (Allah)

Keuntungan = Nikmat yang tak terhingga selama-lamanya

Kalau Tak Join = Pemberi pinjaman (Allah) akan kutip balik hutang-hutang hambanya (dahla hamba, tak bayar hutang plak tu) dan mencampakkan ke dalam tempat yang lebih teruk daripada penjara (neraka)





------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingatlah kawan-kawanku sekalian, adakah anda berasa anda telah selamat dan yakin masuk syurga tanpa berkorban demi dakwah Islam? Adakah dengan Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji sahaja sudah cukup untuk kita tidak dimasukkan ke dalam neraka?

Memang umat Islam confirm masuk syurga. Tapi adakah kita masuk syurga di tingkat yang teratas sekali? Adakah kita boleh masuk syurga terus tanpa masuk neraka terlebih dahulu?

------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, April 15, 2010

Kepincangan Sistem Pendidikan

Kepincangan Sistem Pendidikan
ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ on 5:06 PM



Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim.


Saya teringat ketika zaman muda-muda dahulu. Orang-orang dewasa suka bertanyakan soalan-soalan kepada saya. Salah satunya, "Bila besar nanti nak jadi ape?".


Maka selalunya budak-budak akan menjawab tidak pasti atau ada banyak pilihan. Lalu "orang-orang dewasa" pun berkata, "Awak mesti jelas masa depan awak dan matang membuat pilihan".



Maka saya yang masih muda pun terasa begitu rendah diri apabila "orang-orang dewasa" mengatakan saya ini tidak jelas masa depan dan tidak matang membuat pilihan.



Maka penat-penatlah saya merenung masa depan saya, memikirkan nak jadi apa besar nanti.



Bayi adalah makhluk yang hebat dan genius, tetapi sistem pendidikan telah membuat kita semua menjadi bodoh apabila dewasa




Tetapi saya masih keliru. Saya minat falsafah, agama, ekonomi, politik, sejarah, matematik, sains, muzik, seni lukis, mengarang, askar, peguam, perunding motivasi, pakar psikologi, berniaga, menjadi guru dan banyak-banyak lagi.


Tetapi "orang dewasa" kata, saya mesti pilih satu sahaja. Dan saya yakin, bukan saya sahaja yang mempunyai cita-cita dan minat yang banyak, tetapi semua kanak-kanak pun sama. Kenapa kita harus pilih satu je daripada semua-semua tu?


Kerana "orang dewasalah" yang telah melenyapkan kesemuanya menyebabkan kita hidup tertekan, hilang minat belajar, stress dengan kerja dan lain-lain. Maaf ye orang-orang dewasa, saya sebenarnya bukan nak salahkan anda semua, tetapi saya ingin menyalahkan........




SISTEM PENDIDIKAN


Apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang?




Pertama sekali, ingin saya timbulkan satu persoalan, kenapa kita perlukan pendidikan?



Ya, sudah tentulah supaya kita menjadi pandai.



Tetapi,



sedarkah anda bahawa sistem pendidikan sekarang tidak melahirkan golongan pandai pun.





Sejak dari tadika sehinggalah tamat PhD, adakah anda fikir seseorang itu akan jadi pandai setelah melaui satu sistem pendidikan untuk sekian tempoh masa?


Tidak, dia tidak menjadi pandai, tetapi sebaliknya.



Kerana sistem pendidikan sekarang bukanlah bertujuan untuk melahirkan orang pandai, tetapi untuk melahirkan ORANG BODOH.





Kita lihat sistem politik zaman sekarang. Kita mengguna pakai sistem KAPITALIS. Apa yang ada dalam sistem Kapitalis?


Dalam sistem ini, hanya ada 2 golongan. Golongan pemodal dan golongan pekerja. Dengan sistem ini, golongan kaya akan bertambah kaya, manakala golongan miskin akan menjadi semakin miskin.



Dan jika anda perasan, yang memegang pemerintahan negara bukanlah orang-orang politik, tetapi orang-orang kaya. Kita lihat dengan duit mereka boleh membeli apa-apa sahaja. Ini kerana dalam sistem Kapitalis, apa yang boleh dijual, akan dijual, dan apa yang boleh dibeli, akan dibeli.


Dalam sistem ini, manusia hidup ibarat robot. Mereka hanya melakukan satu kerja, dan mengulang-ulang kerja tersebut hingga berpuluh-puluh tahun. Mereka tidak pernah pun berfikir tentang itu kerana mereka sangka mereka golongan yang hebat dan termasuk dalam golongan cerdik pandai, ijazah-ijazah yang banyak, sedangkan ijazah itu hanyalah bagai cop sirim yang akan menjadikan kita ini "robot berkualiti".





Apa yang golongan kaya perlukan, hanyalah pekerja. Kerana dengan pekerjalah mereka akan menjadi kaya. Cuba teka, dari mana mereka mendapat para pekerja yang taat?



Jawapannya daripada sistem pendidikan. Ya, sistem pendidikan telah digunakan untuk melahirkan ramai pekerja-pekerja yang taat. Dan minda kanak-kanak perlu ditanam bahawa mereka perlu belajar untuk bekerja. Jika mereka tidak ingin belajar, mereka perlu terus bekerja. Dan akhirnya berebut-rebutlah golongan-golongan muda yang ditipu untuk belajar supaya mereka dapat bekerja.


Mereka telah menerapkan sejak kecil lagi, anda belajar hanyalah untuk kerja. Jika anda perlukan biasiswa, mereka boleh sediakan, tetapi dengan syarat, anda bekerja untuk mereka!



Adakah anda fikir golongan-golongan pemodal ini mahukan golongan muda yang cerdik pandai?








Tidak! Mereka tidak perlukan orang pandai. Mereka hanya mahukan orang yang bodoh tetapi pandai buat kerja. Mereka mahukan orang yang tidak sedar diri mereka digunakan sebagai penjana duit mereka. Mereka hanya perlukan orang yang mampu bekerja dengan setia ibarat robot.



Jika ada antara pelajar-pelajar yang bersuara, yang mahukan perubahan, mereka cuma dinasihatkan "awak belajar la elok-elok. Dah besar nanti boleh ubah sistem". Inikah jawapannya? Tidak! Jika kita belajar "elok-elok", kita hanya akan menjadi lebih taat kepada sistem ini, bukan menjadi pengubah.



Kesannya, manusia akan menjadi seperti robot. Mereka tidak pernah berfikir pun tentang hal-hal lain. Dan apabila dewasa nanti, mereka akan menjadi teramat sayang kepada sesuatu benda yang bernama "pekerjaan".




Apa kesannya kepada psikologi pelajar? Pelajar-pelajar akan menjadi bodoh tetapi mereka menyangka mereka sudah cukup pandai. Kita disuapkan dengan sistem exam oriented, yang menyebabkan kebodohan pelajar meningkat. Golongan yang tidak berjaya survive dalam sistem bodoh ini akan terasa diri mereka pula yang bodoh dan lemah.





SEDANGKAN YANG BODOH ADALAH SISTEM INI.




Kita dapat lihat pelajar-pelajar mula hilang motivasi belajar. Maka terpaksalah pula diadakan program motivasi. Tahukah anda kenapa para pelajar senang hilang motivasi?


Jawapannya kerana kita sedang hidup dalam kurungan dan dalam kurungan itu, kita dipaksa untuk "menjadi" sebuah robot.


Kerana itulah para pelajar mudah hilang minat untuk belajar.



Kerana hati mereka tidak pernah suka kepada sistem ini. Kita dapat lihat sendiri bagaimana pada hari ini golongan pelajar memberontak. Para pelajar tidak ingin belajar. Kenapa? Kerana mereka tahu, benda yang dipanggil sebagai "pendidikan" pada hari ini adalah sesuatu yang amat-amat tak berguna!





------------------------------------------------------------------------------------------------


Lalu ada orang akan argue, kata "bukankah Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu? Umat Islam perlu jadi pandai."



Hahahaha, itulah lawak paling lawak yang pernah saya dengar. Siap boleh pakai nama Islam lagi untuk back up sistem bodoh ni.



Ya, benar. Islam memang menggalakkan umatnya menuntut ilmu, malah menggalakkan semua manusia menuntut ilmu kerana dengan ilmu kita akan kenal Tuhan. Tapi betul ke apa yang kita belajar tu ilmu?




Ada orang cakap, "yang rosak cuma sistem. Hakikatnya, ia tetap berkaitan dengan ilmu".



Ini juga adalah salah faham yang amat bahaya sekali bagi umat Islam.



Jika benar apa yang kita belajar sekarang adalah ilmu, kenapa Yahudi membenarkan umat Islam mempelajarinya? Kenapa orang-orang Barat begitu gemar mempromosikan peluang pendidikan di negara mereka kepada umat Islam?




Jawapannya, apa yang kita belajar itu bukanlah ilmu, tetapi sampah.







Apa? Nak suruh saya ulang lagi? Ok....





APA YANG KITA BELAJAR SEKARANG BUKAN ILMU, TETAPI SAMPAH!




Fizik sekarang bukanlah ilmu tetapi sampah. Matematik adalah sampah. Kimia adalah sampah. Sains adalah sampah. Subjek ekonomi adalah sampah. Semua matapelajaran yang kita belajar sekarang adalah sampah.



Ia kelihatan seperti buku-buku ilmiah, tetapi hakikatnya, ia adalah sampah. Sampah yang paling tak berguna!



Dan orang-orang Islam sekarang berebut-rebut untuk memasukkan sampah-sampah itu ke dalam otak-otak mereka dengan mengatakan "tuntut ilmu ibarat berjuang di jalan Allah".



Hahahahaha, ada ke patut diorang cakap memasukkan sampah di dalam otak sebagai jihad di jalan Allah!







"Orang-orang dewasa" selalu berkata, "isilah masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran dan lain-lain."







Hahahahahahah, nasihat yang paling entah pape yang pernah saya dengar. Mengulang kaji pelajaran bukanlah aktiviti yang berfaedah, tetapi aktiviti yang paling buang masa!


Kita akan kena marah dengan "orang dewasa" kalau kita ponteng kelas, tetapi bagi saya ponteng kelas pada zaman sekarang adalah amalan mulia!

(sebenarnya saya nak cakap kalau ponteng kelas dapat pahala, tapi saya yakin mesti ada orang yang akan salah faham dan akan ada orang yang salah guna, jadi cukuplah saya kata ponteng kelas tu amalan mulia)






-------------------------------------------------------------------------------------------------






Kenapa saya cakap segala matapelajaran yang ada sekarang bukan ilmu?




Jawapannya, kerana Yahudi telah merosakkan segala ilmu-ilmu tersebut dan menukarkannya menjadi sampah-sampah yang tidak lagi berguna. Sebab tu la orang-orang Yahudi tak kisah pun kalau orang Islam belajar tinggi-tinggi. Orang Yahudi tak kisah pun kalau ramai-ramai orang Islam dapat PhD. Kenapa? Kerana apa yang kita belajar sekarang semuanya adalah sampah!


Ramai orang Islam tersilap dengan menyangka semua "ilmu-ilmu" itu adalah dari para cendekiawan Islam. Mereka kata, saintis-saintis Islamlah perintis kepada kemajuan teknologi pada hari ini.


Ini adalah satu penyelewengan sejarah yang paling busuk pernah saya dengar. Jika ada dari Islam pun, hanya sebahagian kecil. Tetapi hakikatnya,"ilmu-ilmu" ini semua sebenarnya datang daripada Dajjal.




Ok, ni part yang menarik. Sebenarnya, bila bercakap tentang ilmu, mesti ada satu sahaja yang timbul dalam otak kita, iaitu ilmu falsafah. Daripada ilmu falsafahlah lahir semua cabang-cabang ilmu yang kecil seperti sains, matematik dan lain-lain.






Apa itu falsafah?






Dan berbalik kepada persoalan pertama yang saya timbulkan pada awal tadi, seorang budak kecil secara fitrahnya suka bertanya mengenai alam. Ya mereka suka bertanya mengapa begini, apakah itu, siapakah yang menciptakan ini dan banyak lagi. Kanak-kanak kecil suka dan ingin mengetahui benda-benda tersebut, tetapi apa yang ada dalam sistem pendidikan sekarang telah menyeksa mereka dan memaksa mereka melupakan segala persoalan tersebut!


Hari ini seorang kanak-kanak dipaksa belajar matematik tetapi kanak-kanak itu sendiri tidak tahu kenapa dia perlu belajar matematik. Hari ini seorang budak dipaksa belajar sains, tetapi mereka tidak pernah tahu kenapa mereka perlu belajar sains. Sistem pendidikan zaman sekarang telah menyumbatkan sampah sarap yang paling kotor di dunia ke dalam minda anak-anak muda, sehingga lahirlah generasi yang tidak lagi yakin dengan Tuhan, bersikap anti agama dan keras hatinya.



Kanak-kanak juga mempunyai banyak cita-cita dalam dirinya. Tahukah anda, hanya satu ilmu sahaja yang boleh memenuhi tuntutan fitrah kanak-kanak tersebut, iaitu ilmu falsafah ketuhanan! Tetapi sistem yang kejam lagi bodoh ini telah menyeksa semua kanak-kanak dengan memaksa mereka lupakan semua cita-cita mereka. Mereka dipaksa hidup seperti robot. Hidup hanya melakukan satu kerja. Jika anda jurutera, anda akan ulang kerja anda itu setiap hari sehinggalah anda tua. Dan anda tidak boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa. (boleh rujuk protokol Zionis untuk memahami konsep bagaimana mereka menjadikan manusia hanya boleh melakukan satu kerja)






Sebab itu jika kita menyebut mengenai ilmuan-ilmuan dahulu, kita tidak akan menjumpai satu perkataan yang spesifik untuk menerangkan diri mereka kerana mereka itu hebat dalam perubatan, muzik, sains dan banyak lagi.





Satu perkataan sahaja yang boleh describe mereka iaitu mereka itu ialah ahli........



FALSAFAH.


Ya, para cendikiawan Islam dahulu semuanya ahli falsafah. Para cendikiawan Barat juga ahli falsafah. Ibnu sina, ahli falsafah. Al-Farabi, juga falsafah. Isaac Newton, falsafah juga. Pythagoras, juga seorang ahli falsafah. Galileo Galilei, pun falsafah. Dan mereka itu tersangat-sangatlah hebat.






Peringkat awal pendidikan mereka, mereka diajar tentang hakikat alam. Siapa pencipta alam ini. Apa tujuan kita hidup. Kenapa kita dijadikan. Apa itu baik dan buruk. Dan bukan dalam tamadun Islam sahaja, anda boleh lihat semua tamadun-tamadun terdahulu menerapkan benda yang sama. Tamadun Mesir Purba, Indus, Hwang Ho, Mesopotamia dan lain-lain. Perhatikan apa benda yang mereka ajar anak-anak mereka pada peringkat?



Mereka mengajar anak-anak mereka tentang hakikat kehidupan. Hakikat ketuhanan. Mereka akan mengajar kepada anak-anak mereka tentang kitab suci mereka.




Dan bagaimana pula dengan sistem pendidikan zaman sekarang? Sistem pendidikan zaman sekarang adalah sistem pendidikan paling bodoh dan ketinggalan zaman. Hatta, cara orang asli didik anak mereka dalam hutan itu pun lebih hebat dan berkesan daripada cara kita didik anak-anak kita sekarang. Sejak kecil lagi kita terapkan kepada anak-anak kita, belajar rajin-rajin, besar nanti boleh jadi doktor, boleh jadi jurutera dan boleh jadi orang yang berjaya. Itulah falsafah dalam pendidikan sekarang. Mereka tidak diajar untuk jadi pandai, tetapi jadi "robot" yang akan bekerja untuk tuan-tuan mereka.




Adakah anda fikir kerajaan tahu tentang kelemahan sistem pendidikan sekarang?

Ya, mereka tahu.





Adakah anda fikir kerajaan akan mengubah sistem ini? Adakah pembangkang juga akan ubah sistem pendidikan ini jika mereka menang pilihan raya?




Tidak, siapa-siapa sahaja yang bernama kerajaan tidak akan ubah sistem ini. Tidak sesekali.




Kenapa? Kerana sistem ini telah melahirkan hamba-hamba abdi yang begitu patuh kepada kerajaan. Kerajaan tidak perlukan orang pandai. Golongan-golongan Kapitalis juga tidak perlukan orang pandai. Mereka hanya perlukan orang-orang bodoh yang dilahirkan dari sistem yang bodoh, tetapi pandai buat kerja. Itulah yang mereka mahu. Mereka mahukan golongan yang perasan pandai kerana menyangka sudah mendapat ijazah, tetapi sebagaimana yang telah saya katakan tadi, ijazah bukanlah tanda kepandaian, TETAPI IANYA SEPERTI CERTIFICATE YANG MENGATAKAN "ANDA ADALAH ROBOT PEKERJA YANG TAAT".





Kenapa orang-orang terdahulu boleh kuasai banyak ilmu? Ini kerana sejak kecil lagi mereka diajarkan mengenai falsafah. Para saintis Islam dahulu diajarkan mengenai fasafah. Apa falsafah mereka? Quran dan Sunnah. Kerana itulah mereka menjadi pandai. Apa falsafah mereka?

LAILAHA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH.






PENDIDIKAN TIDAK MAMPU DIPISAHKAN DARI FALSAFAH!


Tahukah mereka apa tujuan sains, matematik, ekonomi, undang-undang, seni dan lain-lain dipelajari? Kerana untuk membuktikan bahawa Allah itulah satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan demi menyebarkan syariat Islam. Kerana itulah mereka belajar muzik. Kerana itulah mereka belajar perubatan. Kerana itulah mereka belajar sains.




Itu falsafah mereka.










Apa falsafah pendidikan sekarang?


Takde falsafah!. Yang ada cumalah falsampah. Semua yang kita belajar sekarang adalah sampah. Makin kita belajar, bukan makin pandai, tapi makin bodoh.



Sebenarnya, ada satu falsafah yang tersembunyi dalam sistem pendidikan zaman sekarang. Apa dia?


Falsafah Darwinisme.
Falsafah Atheisme.





Itulah dia. Walaupun kita menafikannya, tetapi itulah hakikatnya.




Pernahkah anda jumpa perkataan "Tuhan" atau "God" dalam buku Fizik? Ada tak perkataan "Allah" dalam buku Kimia? Ada tak perkataan "God" dalam buku Biologi? Ada tak perkataan "God" dalam buku undang-undang? Ada tak perkataan "God" dalam buku muzik? Ada tak perkataan "God" dalam buku pelajaran selain daripada pelajaran agama?



Jawapannya TIADA!





Semua "ilmu-ilmu" ini menyeru ke arah DUNIA TANPA TUHAN. Kerana itulah apabila makin jauh kita belajar, makin jauh juga kita daripada Tuhan. Kerana semuanya mengatakan bahawa TUHAN TIDAK WUJUD secara tidak langsung.



Dan bagi mengelakkan falsafah anti-Tuhan ini disedari oleh umat Islam, mereka telah menterbalikkan sistem pendidikan dengan meletakkan falsafah dihujung silibus.

PhD. Ya, doktor falsafah. Kenapa PhD berada di hujung sekali sedangkan perkara pertama yang diajar sepatutnya ialah falsafah? Namun PhD pun bukanlah falsafah yang sebenar.


Tahukah anda kenapa para saintis Eropah telah ditangkap, dipenjarakan dan dibunuh ketika zaman kegelapan Eropah dahulu? Sejarah cuba menipu kita dengan mengatakan bahawa mereka dibunuh kerana fakta-fakta sains yang mereka bawa. Tetapi..........




......mereka sebenarnya dibunuh kerana falsafah yang terkandung dalam ilmu-ilmu mereka. Mereka belajar dari universiti-universiti milik orang Islam, jadi falsafah pendidikan mereka ialah......



LAILAHA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH.




Ya, kerana itulah pihak gereja bunuh mereka. Ini kerana ilmu-ilmu milik umat Islam semuanya mengajak kepada keesaan Tuhan.




Dan saya tidak menafikan teori yang mengatakan saintis-saintis Barat ini dibunuh bukan kerana fakta saintifik yang mereka bawa, tetapi mereka bawa tauhid yang ada dalam sains, undang-undang, perubatan dan teknologi. Kesemua itu membawa kepada bukti bahawa Allah lah Tuhan yang sebenar. Dan inilah sebenarnya yang bertentangan dengan gereja, bukannya fakta saintifik. Takkanlah mereka hanya dibunuh dan diseksa semata-mata kerana fakta saintifik? Kelakar sungguhlah sejarah kalau begitu.


Jika anda kaji sejarah mana-mana tamadun sekalipun, pernahkah anda dengar tamadun yang menyeksa saintis mereka? Wujudkah masyarakat yang menyeksa golongan ilmuan mereka? Terdapatkah kaum yang membunuh orang yang cuba memajukan mereka?

Tidak. Apa yang akan anda dapati daripada sejarah, golongan-golongan yang ditangkap dan diseksa selalunya adalah golongan-golongan yang membawa percanggahan dari aspek ketuhanan. Kerana itu lah saya berani cakap saintis-saintis Barat dibunuh oleh gereja bukan kerana fakta sains mereka, tetapi kerana konsep ketuhanan dalam ilmu yang mereka bawa. Dan jika ada yang mengatakan saintis-saintis Barat itu sebenarnya telah masuk Islam pun, saya tidak akan menolaknya (wallahu a'lam)






Dan sekarang, kepada mana pula ilmu-ilmu (i mean sampah) ini mengajak kita? Jawapannya, sains, matematik dan lain-lain sampah ini sebenarnya telah mengajak kita untuk tidak percaya kepada Tuhan!





Dan akhir sekali, saya ingin tekankan konsep PECAH DAN PERINTAH.

Tentu anda pernah dengar mengenai konsep ini. Tetapi anda mungkin hanya menyangka ia hanya dalam aspek politik. Tetapi anda tidak perasan bahawa konsep PECAH DAN PERINTAH juga diamalkan dalam sistem pendidikan!


Kanak-kanak tidak kenal perbezaan di antara mereka. Orang dewasalah yang mengajar bahawa setiap manusia itu berbeza.




Pertama, daripada konsep ini, mereka berjaya melahirkan pelajar "pandai" dan pelajar "bodoh".
Mereka berjaya memecahkan kanak-kanak yang tidak pernah kenal perbezaan tersebut.


Kanan-kanak sukakan persahabatan. Orang dewasa mengajarkan mereka erti permusuhan




Kemudian, mereka berjaya pecahkan kepada aliran "sains" dan aliran "sastera".
Mereka tekankan kononnya terdapat perbezaan minda kepada kanak-kanak, sedangkan Allah melahirkan semua manusia itu sama.





Dan akhirnya pada peringkat tertinggi, mereka berjaya memecahkan kanak-kanak kepada bidang-bidang kerja. Saintis akan bergaul dengan saintis. Pakar ekonomi akan berbincang dengan pakar ekonomi. Guru akan berbincang dengan guru.



Dan akhirnya manusia itu akan berpecah-pecah kerana sejak kecil lagi mereka di ajar tentang "kasta".


Ada pelajar pandai, ada pelajar bodoh. Ada yang otak "sains", ada yang otak "sastera". Doktor tidak mampu bercakap mengenai ekonomi, jurutera tidak mampu bercakap mengenai agama, dan manusia itu akan menjadi sebodoh-bodoh makhluk dan sistem "kasta" moden telah mampu dicipta tanpa kita semua sedari. Semua ini lahir dari sistem pendidikan yang lebih bodoh dari binatang.





Anda dapat menilai sendiri bagaimana sistem pendidikan sekarang telah membahagi-bahagikan manusia kepada banyak-banyak kasta. Kasta doktor, kasta saintis, kasta cikgu, kasta politik, kasta. Anda dapat lihat sendiri bagaimana perangai orang-orang yang dikatakan "bijak pandai". Pernahkah mereka bergaul dengan golongan bawahan? Tidak, jika ada pun tak ramai.













Daripada sistem inilah manusia "kenal" golongan "bodoh" dan golongan "pandai". Daripada sistem inilah mereka kenal orang-orang otak "sains" dan otak "sastera". Dan daripada sistem ini jugalah lahir pemikiran yang mengasing-asingkan manusia mengikut pekerjaan mereka.

Cuba bayangkan kalau sistem ini tiada. Adakah wujud orang "pandai" dan orang "bodoh"?


Anda sendiri yang menilainya.............


-------------------------------------------------------------------------------------------------




Tidakkah anda semua menyedari hakikat ini?


Saya suka mengkaji psikologi kanak. Bagaimana kanak-kanak berfikir. Kanak-kanak lahir dalam keadaan fitrah.




Mereka golongan yang suka bertanya, tetapi "orang-orang dewasa" sering kali memberikan jawapan yang menghampakan kepada mereka.



Mereka mahu kenal siapa Tuhan. Mereka ingin kenali hakikat alam. Tetapi "orang-orang dewasa" tidak pernah menjawab keinginan mereka.


Mereka ingin tahu tujuan mereka hidup, tetapi "orang-orang dewasa" mengatakan kepada mereka bahawa mereka hanya perlu berfikir mengenai "pekerjaan" mereka.



Dan sistem inilah yang telah merosakkan kanak-kanak, menjadikan mereka tidak lagi berjiwa manusia. Menjadikan mereka makhluk yang tidak tahu apa tujuan mereka hidup di dunia.




Wallahu A'alam.





Anda boleh lihat satu persatu detail mengenai protokol zionis antarabangsa, bagaimana mereka merosakkan golongan muda dengan satu sistem yang bernama "sistem pendidikan" sebagai rujukan.

Thursday, January 14, 2010

Unfinished Pyramid & The New World Order

Bismillahi Rahmani Rahim, Salaam Alaikum

Dekat sini aku nak terangkan, apa maksud "The Unfinished Pyramid", apa yang tertulis & apa kena mengena dengan masa sekarang.

Aku Tertarik dengan syarahan Syeikh Hamza Yusuf tentang "The New World Order", yang menceritakan tentang dajjal, dunya, dan tentang pemerintah DUNIA sekarang.


Kalau kita tengok dekat belakang 1 Dollar Bill nih, ada cap mohor kerajaan US yang dinamakan "The Great Seal of The United States" dan di seal tu ada pyramid yang tak siap, dekat atas skali ada mata. Mata tu adalah simbolik kepada tuhan matahari iaitu "RAY/SunRay", dan ia adalah Tuhan yang diimani oleh kumpulan Freemason.

Kalau kita perhatikan dekat pembinaan pyramid, binaan
nya lengkap kecuali diatas, mata yang berada diatas tu dipisahkan, dan belum turun(diturunkan) lagi. Freemasons mempercayai yang, selagimana project mereka belum lengkap,selagi itulah mata itu takkan turun.
Seperti yang tertera di seal tu,
"Annuit coeptis" yang diambil daripada bahasa latin. Sepertimana yang Syeikh Hamza Yusuf syarah "Tuhan yang mereka anuti gembira(puas hati) dengan project mereka". Persoalannya, project apakah yang tuhan mereka puas hati?

Project itu adalah untuk mengsekularkan ma'nusia di dunia, untuk memisahkan ma'nusia daripada kepercayaan mereka kepada agama. Sebab tu kalau kita tengok dekat bawah pyramid tu ada tulis Novus ordo seclorum(A New World Order), ataupun secara jelasnya A New Secular A Worldly Order, kalau kita terjemahkan kepada bahasa arab An-Nizom El-'Alami Ad-Dunyawi(Walaisa Jadid=bukan jadid), dalam bahasa melayu paling tepatnya adalah Pemerintahan Sekular Keduniaan Baru!!!

Dan benda ni jugaklah yang mereka sekarang suapkan dekat anak2 islam, terutama di malaysia, dunia sekular yang menjauhkan kita daripada agama. Keduniaan yang dibina atas ilusi/khayalan dan material, material KEDUNIAAN yang penuh dengan keseronokan, yang hakikatnya kita takkan dapat kecapi. Akan tetapi dengan ilusi/khayalan "Dajjal", kita akan babitkan hidup kita untuk mencapai keduniaan itu.

Pertama skali kita kena faham, ape yang dimaksudkan dengan DAJJAL? (Kalau kita pelajari bahasa arab, dia ada perkataan asal/akar bagi perkataan Dajjal(Dajjala))
Perkataan dajjala digunakan oleh orang2 arab, ketika seekor unta telah luka dan dijangkiti. Mereka akan meletakkan sesuatu di unta, untuk menutup luka tersebut, supaya penyakit di unta itu tidak dapat dikenalpasti. Secara rambang, kita akan nampak bahawa unta itu elok dan cantik(kerana ditutupi), akan tetapi pada hakikatnya, unta tersebut telah dijangkiti.
Dan inilah definisi Dajjal yang dimaksudkan, Dia menutupi luka atau penyakit di dunia sekarang, dan membuat kamu percaya yang penyakit itu elok dan bagus.

Jadi idea Dajjal ini adalah, Dunialah(Dunya) yang patut dikejar, sepertimana Nabi Isa(Alaihi-Salaam) berkata "Akhiratlah yang sepatutnya kamu kejar".
Dan baginda berkata, "Sesungguhnya dunia ini adalah sebuah ILUSI DAN BAYANGAN, dan ia akan mengkaburkan matamu(dengan Ilusi&bayangan), tetapi Dajjal berkata: "Dunia yang akan datang(Akhirat), adalah Ilusi sebenar.
Bermakna, Dia(Dajjal) akan memaksa SEMUA orang mempercayai bahawa dunia sekarang inilah berbaloi untuk dikejar, dan paling beruntung untuk hidup.
Macam slogan iklan arak Budweiser: "Kamu hanya hidup sekali, jadi nikmatilah sepenuhnya".
Inilah mesej zaman sekarang! Sebuah mesej tentang ilusi dunia. Sebuah mesej, memberitahu orang awan, yang mereka akan gembira melalui pembelian barangan. Slogannya adalah " Belilah lebih dan teruskan bergembira!", "DONT WORRY,BE HAPPY!"/"JANGAN RISAU, BERGEMBIRALAH!"

Allah(Subhanahu-Wata'ala) berfirman, dalam surah al-hadid, ayat ke-20:

اعلموا أنما الحياة الدنيا لعب ولهو وزينة وتفاخر بينكم وتكاثر في الأموال والأولاد
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan hartabenda dan anak pinak.
وما الحياة الدنيا الا متاع الغرور
Dan (Ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


Jadi kita tak peliklah, kalau budak2 sekarang kejar teknologi, henset baru, fesyen baru, gossip baru, artist baru, idol baru. Sebab itulah perjuangan yang DAJJAL nak kita ikut!
Dan bila kita ikut benda2 ni, apa yang kita akan jadi?
-Hamba mereka?
-Pengikut setia?
-#$%^!(
-&^($#%

Macam2 lagi contoh, dan yang paling tepat skali,
KITA SUDAH JADI BAHAN PROJEK MEREKA, YANG BERJAYA!
dan apa yang kita dapat kesudahannya?......
Paham2 jelah en....


Apa yang mereka memperjuangkan tu, amat bertentangan dengan Sabda baginda yang bermaksud Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
Sebenarnya, itu bukan cara kita sebagai orang yang digelar Orang2 Islam, atau Umat nabi Muhammad Alaihi-Salaam hidup. Kita ada prinsip kita, kita ada cara hidup kita dan kita ada idol kita, sepertimana Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat ke-21:
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيراً
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banya-banyak (dalam masa susah dan senang).

Wahai kawan2, wahai saudara2ku! wahai umat Islam! Bangunlah, sedarlah, bahawasanya musuh kita ini, bukan sekadar watak biasa, bukan cerita2 biasa. Sekarang kita dah boleh rasa bahangnya di merata2 tempat. Antara anugerah besar yang Allah bagi kepada ma'nusia adalah akal fikiran, pandai memilih yang baik dan buruk. Jadi pandai2lah kita nak pilih mana yang kita rasa terbaik, dan berbaloi untuk kita kat akhirat nanti.......


yang ni ke?













Atau yang ni ke?



















Pandai2 ah korang pilih sendiri, aku tak nak bagitau, masing2 da pandai suap nasi sendiri, korang pilihlah jalan sendiri.Semoga Allah subhanahu wata'ala memberi kita hidayah & petunjuk, dan menyelamatkan kita di dunia ini, dan lagi2 di akhirat, Ameeen ya rab.